Malaysia peneraju penjanaan imej AI di Asia Tenggara
Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara dalam penggunaan penjanaan imej kecerdasan buatan (AI) menggunakan Google Gemini.
Statistik menunjukkan satu daripada lima atau 20 peratus rakyat Malaysia menggunakan Gemini untuk menghasilkan imej, sekali gus mencatatkan kadar tertinggi berbanding negara lain di rantau ini.
Google turut mendokumentasikan fenomena Nano Banana sebagai nama tular tempatan bagi Gemini di Malaysia dalam laporan rasmi mereka sebagai bukti penerimaan AI yang sangat peribadi dalam kalangan rakyat.
Keupayaan Malaysia memimpin dalam bidang ini didorong oleh sifat masyarakat yang berbilang bahasa, budaya visual yang kuat, serta keterbukaan untuk mencuba teknologi baharu yang menghasilkan output AI lebih kreatif dan unik.
Google menyimpulkan bahawa Malaysia bukan sekadar pengguna AI, malah diiktiraf sebagai antara pengguna AI paling kreatif di rantau Asia Tenggara.
salut untuk Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara dalam penggunaan penjanaan imej AI.
BalasPadambetul...orang Malaysia kreatif juga tu
Padam